Johor Sasar 1,245 Stesen Pengecas EV Menjelang 2030

777c3800826c4bdd21a18d4595921dfe63fc968900801

JOHOR BAHRU, 12 Feb (Iteenews) –Kerajaan negeri Johor menyasarkan untuk mewujudkan 1,245stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh negeri itu menjelang 2030berbanding 377stesen pada masa ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri JohorLing Tian Soonberkata bagi mencapai sasaran itu, kerajaan negeri juga menetapkan dasar bahawa setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.

Katanyagaris panduan dan sasaran itu ditetapkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Hijau Negeri Johoryang dipengerusikan oleh Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Jumaat lepas.

Selain itu, katanyajawatankuasa berkenaan juga menetapkan dasar pengangkutan untuk meningkatkan pendaftaran EVdi negeri ini kepada 15,840unit menjelang 2030berbanding 977unit ketika ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Bersama Anak Yatim dan Golongan Kurang Bernasib Baik di sini hari ini.

Ling berkatapenambahan jumlah stesen pengecas EVjuga akan menarik lebih ramai pengguna EVdari Singapuraberikutan keputusan negara pulau berkenaan untuk beralih kepada kenderaan yang menggunakan tenaga bersih menjelang 2030.

Lebih 150kanak-kanak dari rumah anak yatim dan pusat kebajikan sekitar Johor Bahrudiraikan pada majlis berkenaan yang dianjurkan oleh Paragon Globe Berhad dan Grand Paragon Hotel Johor Bahru.

— BERNAMA