KUALA LUMPUR, 12 Feb (Iteenews) — Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sertaBEYOND4 Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagimenyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berkembang pesat.
MIDA dalam satu kenyataan hari ini berkata kerjasama itujuga bertujuan memperkukuhpembangunan bakat domestik di seluruh Malaysia, seiringdengan aspirasi negara untuk menjadi pusat inovasi digital dan pertumbuhan keusahawanan.
Kerjasama strategik ini akan memberi tumpuan kepada memperkasasyarikat tempatan untuk beralih kepada model yang dipacuoleh teknologi, memupuk pengembangan perniagaandan membangunkan tenaga kerja yang mahir untuk ekonomi masa depan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIDADatuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata kerjasama berkenaanmerupakantindak balaslangsung kepada keperluan untuk struktur sokongan kritikalyang membolehkan syarikat baharuberkembang menjadi perusahaan mikro, kecildan sederhana (PMKS).
Sikh Shamsul Ibrahim menegaskan, iajuga bermatlamatmerapatkan jurang teknologi bagi PKS, membolehkan mereka berkembang di luar Malaysia sertatumbuhpesat dalam pasaran global yang semakin kompetitif.
"MIDA mengambil peranan proaktif dalam menyokong pertumbuhan PKS dan memudahkan akses kepada pembiayaan, teknologi sertakeupayaan penyelidikan melalui Platform PenyelarasanPelaburan Domestik kamidi sampingmemperkukuhhubungan industri untuk membantu mereka berkembang sertakekal berdaya saing," katanya.
Agensi itu berkatakerjasama dengan BEYOND4 iaitu pemangkinekosistem pelbagaiperingkatmerupakan komponen utama dalam strateginya yang lebih luas untuk memperkasa syarikat tempatan bagi meningkatkan rantaian nilai seiring dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
Ia berkataMIDA dan BEYOND4 akan memanfaatkan sumber dan kepakaran bagimenyediakan sokongan menyeluruh dalam beberapa bidang utamatermasuk akses kepada bantuan kewangan dan insentif selain menjalinkerjasama dan perkongsian yang dipermudahkanmenerusisyarikat multinasional (MNC) sertainstitusi penyelidikan.
Selain itu, kerjasama ini akan memberi tumpuan kepada pembinaan kapasiti, pembangunan kemahiran, infrastruktur untuk meningkatkan ketersambungan digitalserta advokasi dasar dan penyelarasan peraturan berterusan.