Haos Ek? Intai Pasaran Eksport, Sasar Di Senarai Di Bursa Malaysia Pada 2028

09c01e68d0ae4609999e1924279b21f867aaca4eb5a86

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Iteenews) — Haos Bhd, syarikat yang mengeluarkan minuman jenama tempatanHaos Ek? kini sedang melebarkan sayap ke pasaran eksport selain berhasrat untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2028.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Haos Ek?Anis Perminberkata syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan kepada usahawan bumiputera sama ada industri kecil dan sederhana, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)atau syarikat berskala besar.

Beliau berkata pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada pelbagai agensi kerajaan di peringkat kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Johor yang sentiasa memberikan sokongan dan bantuan dalam pelbagai bentuk serta pendekatan secara holistik.

“Agensi seperti Perbadanan Nasional Bhd, Tekun Nasional, SME Corp, SME Bank, Bank Rakyat dan Amanah Ikhtiar Malaysia di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi manakala agensi kerajaan negeri Johor seperti Perbadanan Usahawan Johor Bhd dan Jabatan Pertanian Johor giat memastikan kami layak menerima pelbagai bantuan melalui pelbagai program bersesuaian dengan industri makanan dan minuman,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkanpadasesi temu bual bertajuk Brewing Success di Festival Francais Antarabangsa Perbadanan Nasional Bhd 2025 di sini baru-baru ini.

Anis berkatabantuan PMKS yang diterima termasuk geran, pembiayaan, latihan, sumber pembangunan perniagaan dan peluang bimbingan usahawan, denganinsentif ini membantu meningkatkan keupayaan, mengembangkan pasaran dan menangani cabaran dengan lebih yakin.

Menurutnya Haos Ek? telah menerima banyak inisiatif dan insentif yang disediakan oleh kerajaan sepanjang empat tahun operasinya justeru menyerusemua usahawan PMKS untukmerebut peluang inisebaik mungkin.

“Sebagai antara usahawan PMKS yang komited untuk mencipta pekerjaan, menyumbang kepada ekonomi tempatandan mendorong inovasi, Haos Ek? berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga agensi kerajaan ini.

“Sebagaimana mereka (agensi kerajaan) yang tidak pernah alpa membantu kami, Haos Ek? juga akan membantu mempromosi inisiatif semua agensi supaya dapat dinikmati oleh lebih ramai usahawan PMKS yang berpotensi,” katanya.