KUALA LUMPUR, 11 Feb(Iteenews) –Kementerian Kewangan(MOF)dan Kementerian Pelaburan, Antarabangsa dan Industri bersama-samapihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.
“MOF belum membuat sebarang keputusan muktamad,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Merujuklaporan berita mengenaijangkaan kenaikan harga kenderaan secara signifikan bermula2026 susulan penguatkuasaan sepenuhnya peraturan cukai eksais baharu, P.U.(A) 402/2019 – Peraturan Cukai Eksais (Penentuan Nilai Barangan yang Dihasilkan Secara Tempatan untuk Tujuan Mengenakan Cukai Eksais), MOF menegaskan bahawa laporan itutidak tepat.
Portal berita kewangan tempatan baru-baru ini memetik sumber industri yang dilaporkan berkataindustri automotif berjaya mendapattempoh lanjutan bagicadangan semakan duti eksais untuk kereta pemasangan tempatan(CKD)sehingga 31 Disember tahun ini.
Menurutnya walaupun mendapat penangguhan pada masa ini,kemungkinan besar tiada lagi tempoh lanjutan selepas 2026, denganharga kereta dijangka meningkat dengan signifikan mulai 2026.
Portal automotif tempatan WapCar pada Januari lepas memaklumkanPersatuan Automotif Malaysia (MAA) mengesahkan bahawa semakan duti eksais bagi nilai pasaran terbuka (OMV) ditangguhkan sehingga Januari 2026.
“Penangguhan semakan duti eksais OMV ini hanya untuk tempoh satu tahun dan sekiranyadilaksanakan, ia mungkin menyebabkan peningkatan hargaantara 10 hingga 30 peratus,” katanya.
— BERNAMA