KUALA LUMPUR, 11 Feb (Iteenews) — Malaysia dan Turkiye secara bersama menzahirkan pengiktirafan terhadap Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turkiye (MTFTA)yang telah berkuat kuasa sejak 2015.
Dalam kenyataan bersama hari ini, Perdana MenteriDatuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden TurkiyeRecep Tayyip Erdogan turut berpuas hati terhadap perluasan MTFTA pada2024 yang turut merangkumi perdagangan dalam perkhidmatan, pelaburan serta e-dagang.
Pada masa sama, kedua-dua pemimpinmenegaskan lagi komitmen terhadap pengoperasian penuh Sistem Keutamaan Perdagangan dalam kalangan Negara-NegaraAnggota Pertubuhan Kerjasama Islam (TPS-OIC) dan Perjanjian Perdagangan Keutamaan D-8 (D-8 PTA) serta menyuarakan persetujuan untuk bekerjasama bagi penambahbaikan perjanjian itu.
Dalam memperakui peranan kritikal sektor swasta dalam memajukan hubungan ekonomi, Anwar dan Erdogan senada dalam menyatakan sokongan penuh terhadap kerjasama perniagaan-kepada-perniagaan untuk memperluaskan peluang perdagangan serta pelaburan.
Kedua-dua pemimpin juga menyambut baik kesediaanmewujudkanMajlis Perniagaan Bersama antara Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dan Lembaga Perhubungan Ekonomi Luar Turkiye untuk meningkatkan pertukaran komersial sertamembuka peluang baharu kerjasama ekonomi yang mampan.
Selain itu, Anwar dan Erdogan berkongsi komitmen untuk memajukan perkongsian serta meningkatkan kerjasama pembangunan ekonomi menerusi Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) serta mengalu-alukan penyertaan Azerbaijan dalam perkumpulan itu.
Erdogan dalam lawatan rasmi dua hari Malaysia bermula 10 Feb, 2025 atas pelawaan Anwar.
Dalam lawatan itu, Erdogan mengadakan perbincangan dengan Anwar mengenai usaha bagi mengukuhkanhubungan dua hala selainbertukar-tukar pandangan membabitkan isu semasa serantau dan antarabangsa.
— BERNAMA