Malaysia Komited Perkukuh Kerjasama Lapangan Terbang Dengan Turkiye – PM Anwar

6e4b073a35bee9e2716e55c7c553c4e167ab232d1dbf9–photoFB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 11 Feb(Iteenews) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan di atas keyakinan kerajaan Turkiye terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), sekali gus mengesahkan lagi kerjasama kukuh dalam pengendalian Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha GokcenIstanbul (ISGA).

Anwar yang juga Menteri Kewangan,menekankan bahawakeyakinan terhadap pelaburan MAHB itu turut memaparkan keakraban hubungan dua hala dan Malaysia akan terus menjalin kerjasama erat dengan pihak berkuasa tempatan, firma pembinaan dan pasukan pengurusan di Turkiye dalam memastikan kejayaan usaha itu secara berterusan.

MAHB memegang 100 peratus kepentingan dalam ISGA menerusi unitnya di Turkiye,Istanbul Sabiha Gökçen Uluslararasi Havalimani Yatirim Yapim ve Isletme AS.

“Kami amat bertuah kerana kerajaan anda, Presiden (Recep Tayyip) Erdogantelah memberikepercayaan dan keyakinankepada pihak berkuasa lapangan terbang kami, MAHB, untuk meneruskan kerjasama dengan Lapangan Terbang Sabiha.

“Sudah pasti, kami akan bekerjasama erat sebagaimana dipersetujui dengan pihak berkuasa tempatan, syarikat pembinaan dan pengurusan tempatan,” kata beliau dalam sidang media bersama Presiden Erdogan di sini, hari ini.

Erdogan dalam lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia bermula 10 Feb, 2025.

Dalam pada itu, Anwar turut mengetengahkan kejayaan Turkiye dalam aspek syarikat penerbangan dan pengurusan lapangan terbang yang tidak hanyaketara di Turkiye, malah turutmenjadi contoh di Eropah dan peringkat global.

“Saya sentiasa mengingatkan rakan sekerja untuk mengenal pasti dan mendapatkan contoh (kejayaan itu). Apabila saya mula mengikuti perkembangan Turkiye dan mengenali Presiden Erdogan secara dekat, Turkish Airlines pernah dianggap sebagai (syarikat penerbangan) paling lemah dan teruk di Eropah.

“Namun, kini di bawah teraju anda (Presiden Erdogan), saya tidak tahu bagaimana, tetapi anda berjaya mengubahnya menjadi peneraju syarikat penerbangan. Lapangan terbang pula adalah antara yang terbesar, paling cekap serta menarik kehadiran ramai pengunjung,” kata beliau.