Dasar Jelas, Strategi Semikonduktor Nasional Terus Tarik Tumpuan Pelabur Asing – Perdana Menteri

f9c125254a46516c84a7efffdfcaae6a67a9c7771dac3 Kredit: FB – Anwar Ibrahim 4689ca7cc8d840327897c61a8db5ed3667a9c79fad5f6 Kredit: FB – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Iteenews) — Pertemuan antara kerajaan dan Arm Limited membuktikan bahawa dasar yang jelas seperti Strategi Semikonduktor Nasional serta lain-lain kelebihan negara terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan asing,kataPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata pertemuan tersebut menyaksikan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Komersial Arm Limited Will Abbey disertai Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli, bertukar pandangan mengenai hala tuju teknologi pengkomputeran bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab utama dalam ekosistem semikonduktor dan pusat data.

“Arm Limited, syarikat berpangkalan di United Kingdom, merupakan peneraju dunia dalam teknologi Unit Pemprosesan Pusat (CPU) dan memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan pengkomputeran global.

“Syarikat itu juga berperanan sebagai arkitek, membangun serta melesenkan penyelesaian hak harta intelek (IP) berprestasi tinggi, kos rendah dan cekap tenaga,” kata Perdana Menterimenerusi hantaran di Facebook, hari ini.

— BERNAMA