Mydin Sasar Jualan Lebih RM3 Bilion Produk Sejuk Beku Tahun Ini

7088c2684699fe324d9505a1156be20767a810ba678c4 Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Bhd Salim Mydin (tengah) bersama Pengurus Besar Pacific West Foods (M) Sdn Bhd Joseph Lim (kanan) melihat sebahagian produk makanan sejuk beku ketika ditemui Iteenews sempena Majlis Penjenamaan Semula Produk Subi di Mydin Mall Tunjong.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA 1a4103440dbfa454707c7ff47a87de7f67a80fd198c7a Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Bhd Salim Mydin –fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA 7429f30c122c7cd285d3c35c4e58b36267a810dda2dd3 Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Bhd Salim Mydin (dua, kiri) bersama Pengurus Besar Pacific West Foods (M) Sdn Bhd Joseph Lim (kiri) ketika ditemui Iteenews sempena Majlis Penjenamaan Semula Produk Subi di Mydin Mall Tunjong.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

Oleh Mohd Noor Iqram Rosli

KOTA BHARU, 9 Feb (Iteenews) — Rangkaian pemborong dan peruncit halal, Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN) menyasarkan hasil jualan berjumlah RM3.2 bilion bagi produk sejuk beku pada tahun ini.

Pengarah Eksekutifnya Salim Mydin berkata sasaran itu dilihat mampu dicapai memandangkan hasil jualan produk sejuk beku pada tahun lalu meningkat sebanyak RM3.03 bilion berbanding RM3.0 bilion pada tahun 2023.

"Peningkatan hasil jualan ini turut dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti program yang dianjurkan oleh kerajaan menerusi Jualan Rahmah Keluarga Madani serta hasil produk keluaran usahawan tempatan termasuk pakaian, makanan dan sebagainya.

"Selain itu, kita juga menambah baik kemudahan kepada para pelanggan melalui aplikasi Mydin Online, Mydin Pay, Mydin Rewards dan TikTok selari dengan trend masa kini," katanya kepada Iteenews baru-baru ini.

Salim berkata walaupun MYDIN terus menjadi penggerak utama industri peruncitan halal hampir 68 tahun ia tidak memberi kesan terhadap persaingan pasar raya baharu yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

"Persaingan dalam pasaran ini sebenarnya bagus dari sudut ekonomi dan ia berikan kami lebih aktif untuk sama-sama meningkatkan jualan demi kebaikan negara," katanya.

Beliau berkata MYDIN yang kini mempunyai 69 cawangan seluruh negara melibatkan tujuh format perniagaan dijangka menambah tiga lagi cawangan pasar rayanya tahun ini iaitu Kulim di Kedah, Dungun, Terengganu dan Pasir Mas, Kelantan.

— BERNAMA