Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyampaikan ucapan pada Kejohanan Persahabatan Golf Kita 2025 di Kelab Golf Glenmarie.
SHAH ALAM, 9 Feb (Iteenews) — Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya denganmana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terlebih dahulu.
Beliau berkata pengumumanrasmi mengenai perkara itu akan dibuat hanya selepas beliau berbincang dengan Ahmad Zahid.
"Saya kena sampaikan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid terlebih dahulu," katanyaselepas menghadiri program amal Golf KITA 2025 di sini hari ini, yang dirasmikanSultan PahangAl-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut hadirTimbalan Perdana MenteriDatuk Seri Fadillah Yusof.
Baru-baru ini timbul spekulasi Tengku Zafrulakan meninggalkan UMNO selepas dikatakan tiada lagi masa depan politiknya dalam parti tersebut, dan media juga sebelum ini melaporkan yang beliau pernah dipelawa menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) beberapa bulan lepas.
Sementara itu Tengku Zafrul berkata beliau sedia maklum dengan laporan media mengenai cadangan pihak tertentu supaya beliau dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat selepas penggalnya sebagai senator berakhir Disember depan.
"Bagi saya apa-apa pun jawatan yang diberi sekarang atau pada masa hadapan, itu terpulang kepada Perdana Menteri," katanya dan menambahfokus beliau kini adalah meneruskan tugas penting di kementerian, termasuk memainkan peranan dalam menjayakan komitmen Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini.