KUALA LUMPUR, 8 Feb (Iteenews) — Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawakmenunjukkan penurunan setakat pagi ini.
Di SABAH,Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa berkurangkepada 695 orang daripada 189 keluarga pada 8 pagi, berbanding 700 orang daripada 190 keluarga malam tadi.
Sebanyak275 orang (83 keluarga) ditempatkan di tiga PPS di Beaufort, 276 orang (70 keluarga) di dua PPS di daerah Kinabatangan, 132 orang (32 keluarga) di dua PPS di daerah Keningau dan 12 orang daripada empat keluarga di Tambunan.
Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir juga terus menurun kepada 3,921orang setakat 8 pagiberbanding 4,065 orang pada sebelah malam dengan 21 PPS masihberoperasi.
Laporan terkini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak menyatakanjumlah mangsa di Bahagian Bintulu menyusutkepada 1,868 orang di lima PPS berbanding 1,873 orang sebelum ini manakala di Sibu juga turut berkurangkepada 983 orang di enam PPS berbanding 1,114 orang malam tadi.
Di Miri, lima PPS yang beroperasi mencatatkan penurunan jumlah mangsa kepada 443 orang berbanding 452 orang, Bahagian Mukah meningkat sedikitkepada 614 orang daripada613 orang di empat PPS, sementara di Bahagian Sarikei kekal dengan 13 mangsa di sebuah PPS.
— BERNAMA