AI Ubah Pengauditan Melalui Cerapan Masa Nyata, Unjuran Risiko Masa Depan

a85b36a1e38a0b295059e2435d00fd7667a5dc5e3508e Claude Chetty 6134008b291cd68c6d107054de5fda0767a5dc8a99374

Oleh Nurul Hanis Izmir

CYBERJAYA, 7 Feb (Iteenews) –Masa depan pengauditan dijangka mengalami perubahan besar menerusipenyatuan kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan penilaian risiko masa nyata sertacerapanunjuran melebihi kaedah tradisional, kata Pengasas Bersama Audrey South Africa, Claude Chetty.

Beliau berkata masa depan pengauditan secara asasnya berubah melaluiAI apabilaorganisasi tidak perlu lagi bergantung pada set data sejarah semata-mata.

“Pengauditan pada masa kinimengunjurkandan menyediakan penilaian risiko serta jaminan mengenai isusemasa sambil menawarkan pandangan jauh ke atas kemungkinan risiko pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Iteenews selepas menyampaikan ceramah bertajuk “Revolusi AI dalam Pengauditan” yang dianjurkan oleh Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagiTeknologi Tinggi (MIGHT) di sini hari ini.

Chetty berkata AI membolehkan juruaudit mengalihkan tumpuandaripada tugas biasa kepada peranan penasihat yang lebih strategik.

“Biarkan AI melakukan tugas berat dan biarkan juruaudit menumpukan perhatian untuk memberikan pandangan yang bernilai. Ini bermakna audit boleh dilakukan dengan lebih cepat serta lebih berkesan dengan panduan yang lebih baik sepanjang proses,” tegasnya.

Audrey merupakanplatform audit robotik dikuasakan AI yang direka untuk merevolusikan proses pengauditan tradisional dengan menyediakan cerapan masa nyata, liputan komprehensif dan keupayaan unjuranyang canggih.

Dengan memanfaatkan algoritma AI, ia memproses sejumlah besar data untuk menyampaikan cerapan yang boleh diambil tindakan selaindengan ketara mengurangkan kesilapan manusia dan meningkatkan ketepatan audit.