Yinson Beri Geran Y4Y RM50,000 Kepada Yayasan SOLS Dan SAGEMAKER ASIA

4e29f2d90d65e35edf6aa255e15eb81f5e842f75edccb

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Iteenews) –Yinson Holdings Bhdtelah menganugerahkan geran Yinson4Youth (Y4Y) kepada Yayasan SOLS dan SAGEMAKER ASIA PLT, dengan setiap organisasi menerima geran sebanyak RM50,000.

Yinson melalui satu kenyataan hari ini berkata Y4Y adalah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan geran itu merangkumi mentor dari para profesional Yinson yang akan memberikan penerima manfaat,bimbingan serta sokongan sepanjang projek mereka.

"Tahun ini, Yinson menerima bilangan permohonan yang jauh lebih tinggi di seluruh negara, menjadikan proses penilaian dan penyenaraian agak kompetitif.

"Memandangkan program ini telah memasuki kitaran kedua berikutan projek perintis yang menjanjikan pada tahun lepas, Yinson berdedikasi untuk memperkasakan inisiatif -inisiatif belia yang mampu menangani cabaran masyarakat serta alam sekitar yang kritikal, sejajar dengan tumpuan kami terhadap kemampanan," kata Yinson, yang merupakan syarikat infrastruktur dan teknologi tenaga.

Pengerusi Jawatankuasa CSR Yinson,Chai Jia Jun berkata syarikat itu berasa bangga selepas menyaksikan pertumbuhan Y4Y dan kerja -kerja yang berimpak yang dibuat oleh Yayasan Sols dan SAGEMAKER.

“Inisiatif -inisiatif ini merangkumi semangat inovasi dan keazaman yang diperlukan untuk memacu perubahan yang bermakna dalam komuniti.

"Yinson tetap komited untuk memperkasakan anak-anak muda yang bekerja keras bagi menangani cabaran masyarakat dan alam sekitar yang kritikal di Malaysia," katanya.

— BERNAMA