Langkah Penyusunan Semula Bagi Pastikan Petronas Dapat Terus Sumbang Kepada Pembangunan Negara

98e3674083c51a74d7153daf6fe3437965f420e640852

KUALA LUMPUR, 7 Feb(Iteenews) — Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Tan Sri Muhammad Taufik.

Pada masa ini, Petronas mempunyai tenaga kerja seramai 52,000 orang dan 16,000daripadanya adalah pemangkin utama.

Perubahan dan dinamik sektor minyak dan gas global menuntut Petronas membuat perubahan bagi mendepani cabaran masa depan, katanya sambil menambah ia merupakan proses yang telah lama tertangguh.

Sejak penubuhannya, Petronas telah menyumbang RM1.5 trilion dalam bentuk dividen,cukai jualan negeri, bayaran tunai, duti eksportdan kumpulan wang amanah negara.

“Petronas adalah sebuah syarikat minyak nasional (NOC) tetapi sentiasa beroperasi sebagai sebuah syarikat minyak antarabangsa (IOC). Pesaing kami juga telah membuat keputusan sukar yang sama,” katanya pada sesi taklimat kepada editor media di sini hari ini.

Beliau berkata di peringkat global, margin industri minyak dan gas telah berkurangan kepada 20 peratus daripada 40 hingga 45 peratus sebelum inidan Petronas telah mengalami tekanan margin yang sama.

“Unjuran margin semasa juga boleh turun kepada 16 hingga 18 peratus,” katanya.

Tengku Muhammad Taufik berkata untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara, yang bermaksud melabur dan berkembang, misalnya dalam tenaga hijau,Petronas perlu mempunyai tenaga kerja yang bersesuaian untuk memenuhi permintaan pelanggannya.

“Petronas perlu menentukan jika ia akan terus kekal relevan, bukan sahaja di dalam negaratetapi juga dalampasaran ia beroperasi dan terus melabur.