KUALA LUMPUR, 7 Feb(Iteenews) –IHH Healthcare Bhd mengumumkan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengerusinya Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani N. Hassan Thani berkata sebagai penyedia penjagaan kesihatan terkemuka di Malaysia dan pasaran lain, syarikat menyedari mengenai cabaran inflasi perubatan selainkomited untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang menjimatkan kos di peringkat tempatan sertaglobal.
"Menangani inflasi perubatan merupakanusaha yang melibatkan seluruh ekosistem.
"Berdasarkan pengalaman kami di Malaysia dan pasaran lain, kami bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan utama iaitu daripada penyedia penjagaan kesihatan dan syarikat insurans sehingga pengawal selia serta persatuan industri, bagimencari penyelesaian praktikal jangka panjang demi manfaat semua rakyat Malaysia tanpa menjejaskan hasil klinikal dan penjagaan pesakit," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menekankan mengenai peningkatan yang berterusan dalam inflasi perubatan menjadi punca kepadakenaikan kadar tuntutan bagi insurans, takaful perubatan dan kesihatan (MHIT).
Sehubungan itu, beliau berkata Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil beberapa langkah sementara bagimengurangkan impak peningkatan premium MHIT ke atas pemegang polisi,berkuat kuasa 15 Jan,2025.
Langkah sementara berkenaantermasuk melaksanakan pengagihan pelarasan premium akibat daripada inflasi tuntutan perubatan bagi sekurang-kurangnya tiga tahun sehingga akhir 2026.
Selain itu, langkah lain iaitu penangguhan pelarasan premium selama setahun akibat inflasi tuntutan perubatan bagi pemegang polisi berumur 60 tahun dan ke atas yang dilindungi di bawah pelan minimum bagi produk MHIT yang dibeli.
Amir Hamzah berkata pemegang polisi yang polisinya tamat pada 2024 akibat pelarasansemula premium, boleh menghubungi syarikat insurans hayat dan pengendali takaful keluarga (ITO) masing-masing bagimeminta polisi diaktifkan semula berdasarkan premium yang diselaraskan.