MyGAS 2025 Tumpu Usaha Tangani Cabaran Pembiayaan Dalam Industri Gas

4e43613ad4e86f8ca63322c855de752267a5eae80f26fKredit: FB – Malaysian Gas Association (MGA)

KUALA LUMPUR, 8Feb(Iteenews) — Simposium Gas Malaysia 2025 (MyGAS 2025) akan memberi tumpuan kepada cabaran kritikal yang dihadapi industri gas iaitu mendapatkan pembiayaan bagi projek berkaitan gas dalam landskap tenaga yang sentiasa berubah untuk memastikan keselamatan tenaga, kemampuan dan kemampanan.

Persatuan Gas Malaysia (MGA) berkata edisi keempat simposium bermula 13 Februari itu akan membincangkan mengenai cabaran paling menjejaskan industri, terutama jurang pembiayaan, keperluan pelaburan dan daya tahan industri bagi tempoh jangka panjang.

Presiden MGA Abdul Aziz Othman berkata gas asli kekal sebagai komponen penting sektor tenaga di Malaysia, menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan industri.

“Peranan kritikal gas asli dalam peralihan tenaga di Malaysia telah ditetapkan dalamPelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara(NETR)

“Namun, persoalan utama kekal mengenai bagaimana industri ini mendapatkan pembiayaan diperlukan bagi memenuhi permintaan yang meningkat sambilmengikut peralihan tenaga, berikutan sumber asli yang semakin berkurangan dan pergantungan kepada import yang meningkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, MGA berkata MyGAS 2025 akan menyelami pelbagai cabaran pembiayaan dalam peralihan tenaga, khususnya perubahan dasar dan pandangan pembiayaan global daripada Persidangan Pihak-Pihak ke-29 (COP29).

“Dengan institusi kewangan yang semakin enggan membiayai projekbahan apifosil, simposium ini akan meneroka mekanisme pembiayaan inovatif bagi mengimbangisasaran kemampanan dengan realiti ekonomi yang pesat membangun,” katanya.

Katanya, NETR yang dirangka Malaysia menganggarkan keperluan pelaburan sebanyak RM1.2 hingga RM1.3 trilion menjelang 2050 bagi membiayai projek peralihan tenaga, termasuk infrastruktur dan kemudahan gas asli, hidrogen, pemerangkapan karbon,penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) dan boleh diperbaharui.

“Pelaburan ini kritikal bagi mengekalkan dan mengembangkan infrastruktur sambil memastikan kemampuan dan kebolehcapaian sumber tenaga,” katanya.