Gambar fail
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 6 Feb(Iteenews) –Northern Solar Holdings Bhd menyasarpertumbuhan hasil meningkat sebanyak20 peratusbagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 (TK2025) daripadaRM77.97 juta pada tahun sebelumnya.
Pengarah Urusannya Lew Shoong Kai berkata beliau optimis dapat mencapaisasaran itu, disokong oleh nilai perolehan kontrakyangbelum diterima pembayaransebanyak RM83.2 juta pada 19 Nov 2024.
“Nilai perolehan projek yang belum diterima pembayaran iniakan menjadikan syarikat sibuk sepanjangtempoh12 bulan akan datang dan ia akan dikira sebagai hasil bagi TK2025 dan TK2026, berdasarkan jangkaan kemajuan setiap projek,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas penyenaraiannya hari ini.
Syarikat itu memulakan dagangansulung di Pasaran ACE pada 90 sen, dengan premium 27 sen berbanding harga tawaran awam permulaannya (IPO) sebanyak 63 sen, dengan 11.97 juta saham didagangkan.
Northern Solar telah menyiapkan 1,165 kerjakejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bagi projek sistemfotovoltaik solar (PV) di bawah program Pemeteran Tenaga Bersih dan penggunaan kendiri setakat 19 Nov 2024.
Syarikat itumempunyai nilai perolehan kontrakbelum diterima pembayaran sebanyakRM83.2 juta terdiri daripada RM68.6 juta EPCC projek sistem PV solar untuk bangunan segmen komersial dan perindustrian, RM13.8 juta untuk bangunan kediaman dan baki RM0.8 juta untuk peralatan PV solar dan operasi serta penyenggaraan projek sistem.
Pada 19 Nov 2024, nilai perolehan kontrak syarikat itu meningkat kepada RM1.8 bilion. Northern Solar mengambil bahagian dalam lebih banyak tender projek swasta dan awam di seluruh Malaysia, yang menyaksikan tendernya melonjak dengan ketara daripada RM272.5 juta pada 15 Mei 2024.
Pada masa ini iamempunyai 387 tender bagiEPCC projek sistem PV solar.