Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada sesi waktu pertanyaan menteri ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat hari ini.– fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Iteenews) — Kemunculanteknologi kecerdasan buatan (AI) yangbaharu seperti DeepSeek mampu mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadapsatu produk sahaja, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata kemunculan teknologiAI yang pelbagai ini jugamembolehkan Malaysia menjadi pusat data yang neutral untuk syarikat AI dari Barat dan Timur seperti China.
“Walaupun AI yang lebih cekap ini mengurangkan keperluan pusat data besar, tetapi kos AI yang lebih rendah dijangka meningkatkan penggunaan teknologi AI secara meluas dan akan mendorong lebih banyak permintaan terhadap perkhidmatan pusat data,” katanya.
Beliauberkata demikian sebagai menjawab soalan tambahanDatukSeri DrWee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) berhubung kesan kebangkitan teknologiAI baharuke atas pelaburpusat data terutama daripada China.
Menurut Tengku Zafrul,peningkatan kecekapan AI tidakmengurangkan permintaan terhadap pusat data malahsebaliknya mungkin akan meningkatkan penggunaan AI yang seterusnya merangsangpelaburan pusat data.
“Rantaian bekalan semikonduktor akan dipelbagaikan, kalau kita lihatlokasi Johor contohnya,Pulau Pinang dan Kedah, lokasi-lokasi strategik untuk infrastruktur AI dan pusat data ini tidak akan terjejas,” katanya.
Justeru, katanya, langkah seterusnya bagi Malaysia adalah untuk memastikan daya saing pusat data di negara ini dengan memperkenalkan lebih banyak Insentif pelaburan hijau yang kompetitif.
“Kita nak galakkan lagi tenaga kerja AI dan digital dan meningkatkan daya saing Malaysia sebagai pusat pemprosesan AI dengan menarik lebih banyak pelaburan daripada syarikat AI, bukan sahaja dariBarat tetapi juga negara-negara lain
“Dan kita juga perlu memastikan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat (AS) dan China terus dikekalkan dalam usaha memastikan kedudukan Malaysia sebagai hab pelaburan teknologi yang neutral,” katanya.