KUALA LUMPUR, 6 Feb (Iteenews) — Penetapantarif elektrik di Semenanjung Malaysia termasuk jadual tarif baharu di bawah mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) untuk Regulatori Keempat (RP4)akan mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Timbalan Perdana MenteriDatuk Seri Fadillah Yusof berkataselaras dengan penegasanPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,sebarang kenaikan yang boleh membebankan rakyat tidak akan dibenarkan sama sekali.
Beliau yang juga MenteriPeralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkatakementeriannya melalui Suruhanjaya Tenagatelah melaksanakan libat urus bersama pemain industri dan komuniti perniagaan pada 13 Jan, 2025 dan 5 Feb, 2025 berhubungperkara ini.
“Kementerian akan memperhalusi pandangan yang diberikan untuk dijadikan input bagi penetapan jadual tarif baharu kelak agar semua pengguna terutamanya pihak industri dapat lebih bersedia dengan perubahan tersebut dan menggunakan elektrik dengan lebih cekap pada masa akan datang,”katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) yang bertanyakan rasional di sebalik hasrat Tenaga Nasional Bhd untuk menaikkan tarif elektrik walaupun negara jiran terdekat mempunyai perancangan sebaliknya.
Dalam hal ini, Fadillah menegaskansebarang pengumuman berhubung penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia hanya akan dikeluarkan secara rasmi oleh kerajaan.
— BERNAMA