PUTRAJAYA, 6 Feb (Iteenews) — Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakansistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan sepertikegagalan mengurus dan menyelia operasi syarikatserta kerugian yang berterusan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataJabatan Audit Negara (JAN) akan melaksanakan pengauditan tersebut bermula tahun inidengan pelaksanaan kaedah pengauditan rintis menggunakan sistem tersebut yang dimulakan sejak November 2024.
“Lebih penting, sistem ini dibangunkan secara dalaman melalui Projek Pendigitalan JAN tanpa implikasi kos tambahan kepada kerajaan,” kata beliau dalam ucapan pada Majlis Peluncuran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan di sini hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pengauditan ini bertujuan menangani isutatakelola yang dikenal pasti dalam syarikat kerajaantermasuk kelemahan pemantauan terhadap laporan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan pelan strategik syarikat.
Antara isu lain yang dikenal pasti ialah kegagalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) memainkan peranan dalam mengurus dan menyelia operasi syarikatserta kerugian berterusan di peringkat syarikat induk dan anak syarikat.
“Keuntungan syarikat yang tidak diagihkan semula kepada kerajaan sebagai pulangan juga menjadi satu isu utama, selain kelemahan Jawatankuasa Pelaburan dan Jawatankuasa Audit dalam memberi pandangan dan nasihat kepada Lembaga Pengarah,” kata beliau.
Anwar turut menegaskan keputusan signifikan syarikattermasuk pembayaran gaji dan perkhidmatansering kali tidak dibawa untuk kelulusan Lembaga Pengarah, menjejaskan integriti pengurusan.
Bagi memperkukuh tatakelola, beliau berkata kerajaan telah mengeluarkan arahan Gerakan Pemantapan Tatakelola Nasional: Tatakelola Syarikat Berkepentingan Kerajaan (SBK) dan Syarikat Bhd Menurut Jaminan (CLBG) pada 20 Mei 2024.
“Arahan ini memberi panduan dalam pelaksanaan peraturan dan prosedur pengurusan syarikatberkepentingan kerajaan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan.