Kadar Caruman Rendah KWSP Bagi Pekerja Asing Bantu Kurangkan Perbelanjaan Gaji

6578d2dfff8f52850c0946e6912d49475f7ef1a1cc05a

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 5 Feb(Iteenews) — Keputusan kerajaan menetapkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja asing pada kadar dua peratusberbanding cadangan asal 12 peratus, dapat membantu majikan mengurangkan perbelanjaan gaji atau upah secara menyeluruh.

Felo Kanan merangkap Pengarah Program Pengajian Ekonomi Institut Asia Tenggara Jeffrey Cheah Universiti Sunway, Prof Dr Yeah Kim Leng berkata langkah itu juga akan menjadikan usaha pengambilan pekerja asing menjadi lebih menarik untuk industri.

“Ini berikutan gaji yang diterima lebih tinggi selain membantu majikan mengurangkan perbelanjaan gaji/upah mereka secara menyeluruh,” katanya kepada Iteenews.

Pada Isnin, Perdana MenteriDatuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa caruman mandatori KWSP bagi pekerja asing itu kekal pada kadar dua peratus yang rendah dan tidak membebankan berbanding cadangan 12 peratussebelum ini.

Walaupun upah atau gaji lebih besar dapat merangsang perbelanjaan swasta secara domestik jika dibelanjakan di peringkat tempatan, inisebaliknya berkemungkinan meningkatkan aliran keluar apabila dana atau wang itudihantar pulang ke negara asal masing-masing.

Yeah yang juga Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia (MEA) berkata walaupun caruman KWSP itu akan mencetuskan perbezaan gaji pekerja tempatan dan asing dalam segmen berkemahiran rendah,ini dapat diseimbangkan oleh aspek lain seperti levi, caj pengambilan dan yuran lain.

Beliau berkata kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah berkemungkinan mengekang industri daripada menggunakan teknologi penjimatan tenaga kerja, sekali gus menjejaskan produktiviti dalam jangka panjang.

Bagi kemajuan masa depan, Yeah berkata seiring hasratMalaysia ke arah ekonomi lebih maju, industri juga perlu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja tidak mahir dengan menerimaguna automasi dan beralih kepada aktiviti bernilai tinggi.