Pengarah Urusan Khazanah Datuk Amirul Feisal Wan Zahir
KUALA LUMPUR, 5 Feb(Iteenews) — Khazanah Nasional Bhd akan terus mempelbagai dan mengukuhkan portfolio globalnya pada 2025 walaupun berdepan persekitaran tidak menentu dan mencabar, kata Pengarah UrusannyaDatuk Amirul Feisal Wan Zahir.
Pada masa sama, beliau menegaskan strategi kumpulan bagi kemajuan masa depan adalah memacu penciptaan nilai bagi Malaysia, malah telah bertindak merangka perancangan berkaitan bagi tahun ini.
“Kami akan meneruskan pempelbagaian dan mengukuhkan lagi portfolio global berikutan usaha itu yang terbukti membantu.
“Namun, kami turut merangka program-program bagi pelaburan domestik. Bagi saya, anda akan menyaksikan lebih banyak usaha tertumpu dalam pelaburan secara domestik,” katanya dalam sesi taklimat media mengenai Tinjauan Tahunan Khazanah 2025 hari ini.
Pada sesi taklimat portfolio pelaburan kelas aset Khazanah setakat 31 Dis, 2024,Amirul Feisal berkata pasaran awam Malaysia mewakili 57.5 peratus daripada portfolio pelaburan dana kekayaan negara itu yang membawa pulangan sebanyak34.3 peratus manakala pasaran awam global sebanyak17.4 peratus dengan pulangan10.9 peratus pada tahun lepas.
Selain itu, pasaran swasta mewakili16.5 peratus daripada portfolionya dengan pulangan-6.6 peratus dan aset sebenar sebanyak8.6 peratus dengan pulangan-3.5 peratus.
Menjelaskan selanjutnya, Ketua Pegawai PelaburanKhazanah Datuk Hisham Hamdan berkataportfolio dana kekayaan akan menumpukan Malaysia pada sekitar 60 peratus.
"Kami sentiasa menseimbangkan semula pelaburan kamidan nisbahnya kekal melebihi sedikit 60 peratus di Malaysia.
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran maju telah menunjukkan prestasi amatbaikdan tahun lepas, (prestasi) Malaysia juga sangat baik (dan ini) sesuatu kami perlusentiasa pantau dan imbangi semula secara sewajarnya untuk meraih pulangan optimum dalam apa jugarisiko," katanya.