Khazanah Garis Tiga Tonggak Perkukuh Operasi Masa Depan MAHB

fa207663084751d87adca503f6980f8164a2c2ea6f8ab

KUALA LUMPUR, 5 Feb(Iteenews) — Khazanah Nasional Bhd menggariskan tiga tonggak untukMalaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meningkatkanoperasi pengendali lapangan terbang itu pada masa hadapan, kata Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.

Tiga objektif tersebut memfokuskan kepada pengalaman pelanggan, teknologi dan ketersambungan.

Beliau berkata dalam usaha meningkatkan pengalaman pelanggan MAHB dicadangkan supaya meneliti aliran penumpang iaitu dengan mengurangkan masa daftar masuk dan menunggu.

Langkah ini bagi memastikan penumpang dapat menikmati pengalaman menyeluruh di lapangan terbang.

"Berkaitan ketersambungan, ia mungkin boleh dilihat dari perspektif sebuah syarikat penerbangan.

"Mereka mungkin akan mempunyai strategi rangkaian, untuk menyambungkan pelbagai pihak dan memendekkan tempoh transit,” katanya kepada pemberita selepas taklimat media tahunan Khazanah 2025 di sini hari ini.

Di bawah tonggak teknologi, Amirul Feisal memuji usaha imigresen yangmemperkenalkan MyBorderPass, tetapi menegaskan bahawa lebih banyak usaha perlu dilakukan bagi memastikan kesedaran dan penggunaan yang meluas.

“Saya pernah menggunakannya tetapi saya fikir penumpang masih perlu berbaris panjang. Jadi, sistem iniperlu diteliti semula,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kepimpinan masa depan MAHB, beliau berkata ia masih terlalu awal untuk menentukan barisan pengurusan baru syarikat itu memandangkan proses pengambilalihan yang sedang berlangsung.