Konvensyen Perpaduan Lembah Pantai Pertama Di Peringkat Parlimen Usaha Erat Hubungan Parti

34d5fbbb4ae2976cdb3c1c2febdda96d66b763a5a3c41Menteri Komunikasi merangkap Ketua Penerangan Keadilan dan Ketua Cabang Lembah Pantai, Fahmi Fadzil (kiri, barisan hadapan) bergambar bersama perwakilan yang hadir pada Kovensyen Perpaduan Lembah Pantai di Bangsar South Kuala Lumpur.Turut hadir Naib Pengerusi Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Teresa Kok Suh Sim, (kanan).

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Iteenews) — Konvensyen Perpaduan Lembah Pantai yang pertama di peringkat Parlimen adalah antara usaha untuk mengeratkan hubungan parti komponen dalam kerajaan.

Ahli Parlimen Lembah PantaiFahmi Fadzil berkata konvensyen itu juga bertujuan mengukuhkan kerjasama antara semua pihak yang terbabit.

"Konvensyen Perpaduan Lembah Pantai ini adalah yang pertama di peringkat Parlimen di Wilayah Persekutuan dan mungkin juga di seluruh negara.

"Kita usahakan atas kesedaran perlu untuk mewujudkan perhubungan lebih baik dan erat dalamkalangan ahli-ahli parti komponen Kerajaan Perpaduan.

"Ia adalah hasil setelah sejumlah aktiviti interaksi perbincangan mesyuarat yang telah diadakan antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di peringkat Lembah Pantai selama lebih setahun, jadi memang ini saya rasa satu permulaan yang baik dan kita harap akan dapat menjana satu semangat perpaduan yang utuh," katanya.

Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas konvensyen itu yang dihadiri kira-kira 250 orang terdiri daripada ahli parti komponen Kerajaan Perpaduan di sini hari ini.

Beliau berkata konvensyen itu penting bagi memastikan semua partiterus bersatu padu dalam usaha mencapai matlamat bersama dan mengatasi cabaran politik semasa selain memberi khidmat lebih baik kepada masyarakat.

Turut hadir Naib Pengerusi Kebangsaan DAPTeresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh, Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz dan Naib Ketua Amanah Wilayah PersekutuanDatuk Dr Ramli Tahir.

Pada Januari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak berkata beliau mahu Kerajaan Perpaduan di semua negeri turut mengadakan konvensyen bagi memperkukuh kestabilan gabungan politik itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *