KUALA LUMPUR, 4 Feb(Iteenews) — Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) berpandangancadangan kerajaan untuk menetapkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWS) pekerja pada dua peratus bagi pekerja asing adalah wajar.
ACCCIM dalam satu kenyataan berkata kadar itu yangdikurangkan daripada cadanganasal 12 peratus mengambil kira peningkatan beban kos operasi yang tinggi dan persekitaran perniagaanmencabar yang disebabkan oleh kesannegatif daripada langkah-langkah tarif oleh ekonomi utama.
“Walaupun kami berasa legaPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi jaminan bahawa kadar caruman majikan tidak akan dinaikkan dalam tempoh jangka pendek, ACCCIM berharap cadangan pindaan Akta KWSP 1991 akan mewujudkan mekanisme yang telus dan mantap untuk menyemak semula kadar caruman KWSP," kata persatuan itu.
ACCCIMberkataproses semakan semula tersebutperlumelibatkan penilaian berkala keadaan ekonomi dan perniagaan dengan berunding bersamapemegang taruhberkaitan.
Kerajaan semalam mengumumkan rancangannya untuk memperkenalkan kadar caruman mandatori dua peratus untuk pekerja asing dan akan dibincangkan di mesyuaratKabinet minggu ini dengan Kementerian Sumber Manusia akan mengumumkan butiran lanjut.
Sebagai pengantara utama antara komuniti perniagaan dan kerajaan, ACCCIM berkata ia komited untukmenyediakan maklum balas yang membina dan bekerjasama bagi memperhalusi dasar yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi mampan sertamembantu perniagaan mengharungi cabaran yang berterusan.
— BERNAMA