Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Mohd Shahar Abdullah
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Iteenews) –Malaysia perlu memperkasa dan memanfaatkanpengurusan sumber emas negara denganmewujudkan Kerangka Pengurusan Industri Emas Negara yang holistik dan komprehensif.
Ahli Parlimen Paya Besar DatukMohd ShaharAbdullahberkata berdasarkan World Bureau of Metal Statistics – London Stock Exchange Group,Malaysia kini menyumbang 0.06 peratus dari 3,000 tan pengeluaran emasdunia dengan mengeluarkan sekitar 1.8hingga 4.6 tan metrik setahun.
Bagaimanapun, beliau berkata pengurusan sumber itumasih di bawah bidang kuasa kerajaan negeri melalui Enakmen Mineral Negeri masing-masing.
“Apakah mekanisme penyelarasan antara kerajaan Persekutuan, negeridan syarikat konsesi untuk memastikan royalti (biasanya limahingga 10 peratus) serta hasil cukai mencerminkan nilai sebenar emas yang dieksport?
“Laporan Ketua Audit Negara 2019 mendedahkan ketidakseragaman kadar royalti antara negerimenyebabkan potensi kebocoran hasil. Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menyelaraskan standard kontrak perlombongan secara nasional,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkataberdasarkan kajian Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) 2021, mineral logam di negara ini dianggarkan bernilai RM1.03 trilion dengan salah satu daripadanya ialah emas.
“Mineral bernilai tertumpu di empat jalur emas utama,Jalur Tengah (Pahang dan Terengganu), Jalur Timur (Kelantan), Jalur Borneo (Sabah danSarawak) dan Jalur Bentong-Raub,” katanya.
Beliau berkata dengan menggunakan teknologi perlombongan moden sepertipelarutan bio dan peninjauan satelit, potensi pengeluaran boleh ditingkatkan.
“Saya berpandangan pengupayaan Program Kerjasama Pensijilan Emas Antarabangsa perlu diteroka. Jika dilihat pada 2020, Argentina melancarkan program Sijil Eksport Emasdengan kerjasama London Bullion Market Association (LBMA)meningkatkan nilai eksport emas mereka sebanyak 40 peratus dalam masa dua tahun (Laporan Bank Pusat Argentina, 2022),” katanya.