Untung Bersih F&N Bagi Suku Pertama 2025 Susut Kepada RM169.018 Juta

1412fa2cef5fd4ea6cdacde7f577bc6763e1d3bc0776f

KUALA LUMPUR, 3 Feb(Iteenews) — Keuntungan bersih Fraser & NeaveHoldings Bhd(F&N) bagi suku pertama 2025 berakhir 31 Dis, 2024 menyusut kepadaRM169.018 juta daripadaRM170.737 juta yang direkodkan bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Bagaimanapun, kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata perolehan melonjak kepadaRM1.39 bilion daripadaRM1.33 bilion sebelumnya,

“Jumlah hasil yang tinggi terutamanya didorong oleh jualan perayaan di Malaysia dan Thailand berikutan pemulihan ekonomi di kedua-dua negara itu, selain disokong oleh ketibaan pelancong dan peningkatan jualan di pasaran Indochina berikutan terdapatnya bekalan susu segar.

“Keuntungan operasi pula menerima manfaat daripada jumlah jualan yang lebih baik dan kos pengeluaran yang rendah.

“Namun, insentif bagi makanan dan minuman oleh Lembaga Pelaburan Thailand yang tamat tempoh menyebabkan perbelanjaan cukai yang lebih tinggi dan pembabitan cukai pegangan ke atas dividen yang dihantar pulang dari Thailand,” katanya.

Kumpulan itu berkata bagi baki tahun kewangan, syarikat itu komited untuk memacu pertumbuhan, mengukuhkan keupayaan bagi meneroka pasaran dan meningkatkan kecekapanoperasi sementarakekal berdaya saing terhadap dinamik pasaran serta perkembangan geopolitik.

“Projek ladang tenusu bersepadu di Gemas juga mengikut jadual ditetapkan, malahkemudahaninfrastrukturfasa satu jugabersedia untuk menerima ternakan.

“Selain itu, pembangunan loji pengeluaran tenusu di Kemboja juga berjalan lancar yang sekali gus bakalmengukuhkan lagi kehadiran kumpulan ini dalam pasaran,” katanya.

— BERNAMA