KJTS Group Cadang Ambil Alih Malakoff Utilities Pada Harga RM65.5 Juta

1848fd26934fd586ef8b50fe54165f5464ed6ab635b8e

KUALA LUMPUR, 3 Feb(Iteenews) –KJTS Group Bhd bercadang untuk mengambil alihMalakoff Utilities Sdn Bhd (MUSB), anak syarikatMalakoff Corporation Bhd pada hargaRM65.5 juta secara tunai.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini,KJTS berkata pengambilalihan tersebut akan dilaksanakan menerusianak syarikat milik penuhnya, KJ Technical Services Sdn Bhd danMUSB akan menjadi anak syarikat tidak langsung milik penuh KJTS setelah selesai pengambilalihan.

Ia berkata syarikatmerancang untuk menggunakan sebahagian daripada dana yang diperoleh daripada tawaran awam permulaan (IPO) mereka sebanyak RM44.42 juta bagi membiayai pembelian itu.

“Baki RM21.08 juta pula akan dibiayai melalui sumber dalaman syarikat dan/atau pinjaman bank. Kadar pembiayaan sebenar akan ditentukan kemudian, berdasarkan keperluan kewangan syarikat dan anak-anak syarikatnya,” katanya.

Menurut KJTS pembelian ini bukan sekadar transaksi kewangan, tetapi satu langkah strategik untuk mengukuhkan perniagaan terasnya yang termasuk tenaga penyejukan, pembersihan, dan pengurusan fasiliti.

Langkah pengambilalihan itu jugaakan memberikan akses kepada kumpulan pengurusan teknikal berpengalaman MUSB, seterusnya mengukuhkan keupayaan pengurusan KJTS untuk mengembangkan perniagaan terasnya dalam industri.

“Pasukan yang diperluaskan iniakan membolehkan KJTS membangunkan portfolionya yang semakin berkembang dengan cekap, seterusnya memastikan pertumbuhan pendapatan mampan untuk kumpulan,” katanya.

Pengambilalihan itu dijangkaselesai pada suku kedua tahun 2025, kataKJTS.

— BERNAMA