PETALING JAYA – “Kami dah seronok Kuala Lumpur tak sesak, jangan balik. Hilang lah nikmat jalan tak sesak. Seminggu perjalanan lancar ulang-alik Sungai Buloh-Kuala Lumpur, kekal di kampung please (tolong).”
Itu antara reaksi orang ramai selepas Kosmo! Online memuat naik hantaran di Facebook perjalanan anak-anak perantau menuju ke ibu negara selepas hampir seminggu bercuti sempena cuti sekolah dan Tahun Baharu Cina.
“Esok sudah mula kerja, Karak sesak teruk menuju ibu kota,” tulisnya.
Semakan di ruangan komen, pelbagai maklum balas dikongsikan orang ramai terutama penduduk di sekitar Kuala Lumpur apabila mereka menyifatkan seminggu lalu adalah tempoh yang tenang disebabkan kurangnya kenderaan di jalan raya.
“Seminggu tempoh tenang dah berakhir. Esok Kuala Lumpur sesak kembali,” kata Zack.
“Warga ‘Sah Aley’ (Shah Alam) sudah smpai la tu,” kata AK Zenk.
“Sambung la lagi cuti sekolah masih panjang,” komen Mohdsaman Samanaziz. – https://amiminerals.org/