PETALING JAYA – Kehidupan seorang ibu tunggal bersama lima anak di Kuantan, Pahang terbela selepas kesempitan hidup dialaminya mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, dengan dukungan Perdana Menteri, usaha untuk membaik pulih rumah ibu tunggal berkenaan yang dikenali sebagai Rosmawati telah dirangka untuk pelaksanaan.
“Saya hadir untuk melihat sendiri keadaan rumah keluarga beliau di Kampung Chengal Lempong. Bahagian atap, lantai dan dinding rumahnya yang sudah rosak teruk memerlukan usaha baik pulih.
“Kesempatan yang ada juga saya telah menyerahkan bantuan wang tunai dan bakul makanan daripada Perdana Menteri,”katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Ahmad Farhan berkata, bantuan itu diharap dapat membantu Rosmawati dan lima anaknya menjalani kehidupan dengan lebih selesa. – https://amiminerals.org/