JAKARTA – Sebuah majlis pertunangan di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila pasangan tersebut tinggal bertentangan dengan rumah masing-masing, lapor portal berita Wolipop semalam.
Rakaman video yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @dwiyantidina memaparkan keluarga pihak lelaki berjalan sambil membawa hantaran untuk diberikan kepada calon tunangnya.
Bahkan, hantaran itu tidak perlu dibawa menggunakan kereta atau motosikal kerana jarak rumah yang terlalu dekat.
“Definisi sebenar jodoh lima langkah,” demikian menurut keterangan video itu.
Rakaman itu mencatatkan lebih 855,800 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Bila raya nanti senang, tak perlu bergaduh mahu raya di mana,” kata seorang netizen.
“Kalau bergaduh, tinggalkan sahaja dan jalan kaki ke rumah,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI