Wanita Direman Empat Hari Bantu Siasatan Kes Buang Bayi

Kredit: PDRM Kangar

KANGAR, 2 Feb (Iteenews) — Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula hari inibagi membantu siasatan kes pembuangan bayidi hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat dekat sini pada 19 Jan lepas.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata wanita itu yang bekerja sebagai pembantu kedai makanditahan di sebuah rumah di Simpang Empat pada 2.55 pagi tadi.

Beliau berkata suspek yangdisiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi tinggal bersama empat anaknya yang masih kecil manakala suami wanita itu berada di sebuah pusat pemulihan dadah.

“Siasatan awal mendapatiwanita itu dipercayai telah melahirkan bayi perempuan di dalam tandas seorang diri di sebuah rumah di Kampung Permatang Kersek, Simpang Empat kira-kira 6.30 petang, 18 Jan lepas,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Yusharifuddin berkata pada keesokannya, suspek disyaki pergi ke Kampung Rama dengan sebuah kereta milik rakannya untuk membuang bayi itu.

Iteenews pada 19 Jan lepas melaporkan seorang bayi perempuandibaluti tuala dan diletakkan dalam beg plastik beralaskan kain pelekat ditemukan di hadapan sebuah rumah di Simpang Empat dan Yusharifuddin dipetik sebagai berkata keadaan bayi itu sihat.

— BERNAMA