Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

627c66598bc60ca4eb1468e35520efeb63a91b675f5b5

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif and Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 3 Feb(Iteenews) — Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan Indeks Dolar AS (DXY) yang meningkat selepas PresidenAmerika Syarikat (AS) Donald Trump mengeluarkan perintah eksekutif untuk menaikkan tarif import, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit merosot kepada 4.4785/4970 berbanding dolar AS daripada 4.4550/4600 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY mendapat momentum kepada 109.258 mata selepas Trump mengeluarkan perintah eksekutif untuk menaikkan tarif import kepada25 peratus untuk importdari Kanada dan Mexico serta 10 peratus untuk import dari China.

“Langkahini akan berkuat kuasa pada Selasa. Ini menandakan bermulanya perang perdagangan apabila negara-negara yang terjejas mula melaksanakan tindakan balas mereka,” katanya kepada Iteenews hari ini.

Mohd Afzanizam berkata ini akan membawa kepada langkah menghindari risiko berikutan ia mewujudkan ketidakpastian yang lebih besar mengenai impaknya terhadap inflasi AS dan tindak balas Rizab Persekutuan (Fed) AS.

Katanya Fed berkemungkinan akan lebih berhati-hati kerana trajektori inflasi yang dijangka kekal tinggi.

Oleh itu, katanya ringgit mungkin stabil pada paras semasatetapi risiko penurunan kekal ketara berikutan perang perdagangan.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama dan mata wang ASEAN.