AMK P.Pinang Sokong Penuh Usaha Kerajaan Bantu Palestin

9c1b08ee61f3ee7e1567ad0b1be296ab679f4e0b4371ffb AMK Malaysia

GEORGE TOWN, 2 Feb (Iteenews) — Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang menyokongpenuh usaha kerajaan dalam membela nasib rakyat Palestin yang terus ditindas rejim Zionis, termasuk dalam membantu membangunkan semula Gaza.

Ketua AMK negeriFadzli Roslan berkatasebagai sebuah negara yang berpegang teguh kepada prinsip kemanusiaan dan keadilan sejagat, Malaysia konsisten dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin di peringkat antarabangsa.

"Pendekatan tegas dan berprinsip yang diambil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlihatkan komitmen Malaysia dalam menegakkan keadilan serta menolak segala bentuk kezaliman dan penindasan.

"Pada masa yang sama, AMK Pulau Pinang menegaskan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat Malaysia dan sejak menerajui pentadbiran negara, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi meringankan beban rakyat dan memastikan kesejahteraan mereka terus terpelihara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata antara langkah yang diambil termasuk bantuan subsidi bersasar bagi memastikan harga barangan asas kekal stabil dan mampu milik, program pemerkasaan ekonomi untuk memperkukuhkan daya saing rakyat dalam sektor ekonomi dan keusahawanan serta inisiatif kebajikan serta bantuan sosial bagi membantu golongan B40, M40dan mereka yang terjejas dengan cabaran ekonomi semasa.

Fadzli berkata AMK Pulau Pinang jugamenolak sebarang tohmahan atau naratif yang cuba memutarbelitkan usaha murni kerajaan dalam membantu rakyat Palestin, seolah-olah ia dilakukan dengan mengorbankan kepentingan rakyat Malaysia.

Beliau berkata hakikatnya, kerajaan Malaysia sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat sambil berpegang kepada prinsip kemanusiaan global.

"Semangat solidariti, keprihatinandan kebersamaan ini harus diteruskan sebagai cerminan jati diri Malaysia MADANI yang berlandaskan nilai keadilan, kemanusiaan dan kesejahteraan bersama," katanya sambil menyeru seluruh rakyat Malaysia terus bersatu menyokong usaha kerajaan membantu rakyat Palestin.

Pada Khamis, media melaporkan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz menyarankan kerajaan agar memberi keutamaan dalam menyelesaikan isu dalam negara terlebih dahulu sebelum menyatakan komitmen untuk membangunkan semula Gaza.