Remaja Ditemukan Lemas Di Lata Tebing Tinggi

Foto: JBPM Perak

IPOH, 1 Feb (Iteenews) — Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan lemas ketika mandibersama rakan-rakannya di Lata Tebing Tinggi dekat Selama, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkatapihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu pada 4.53 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian 14 minit kemudian.

Beliau berkata setibanya anggota pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Selama di lokasi kejadian, didapati mangsa, S.Muguthantelah dijumpai orang awam.

“Tindakan ketua operasi mengarahkan anggota membuat penyelamatan menggunakan kaedah CPR (resusitasi kardiopulmonari) namun tidak ada respons daripada mangsa.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan) yang hadir di lokasi kejadian. Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Operasi tamat pada 5.50 petang.

— BERNAMA