Foto kredit : Serunai Commerce
Foto kredit : Serunai Commerce
Foto kredit : Serunai Commerce
KUALA LUMPUR, 1 Feb (Iteenews) –Penyedia teknologi digital Halal, Serunai Commerce Sdn Bhdbekerjasama dengan Jordan bagi memperkukuh ekosistem halal negara tersebut di bawah modul kerjasama pembangunan dan kepakaran Islamic Development Bank(Islamic DB).
Serunai Commerce berkata, kerjasama ini tercapai menerusi misi diagnostiknya selama 11 hari ke Jordan.
Ia berkata, misi diagnostik yang diketuaiIslamic DB dan Serunai Commerce dengan kerjasama Kementerian Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa Jordanmelibatkan perbincangan yang mendalam bersamakementerian utama dan badan pengawalseliaan negara tersebut.
Katanya, ini bagi mengenal pasti cabaran semasa, jurang kapasiti dan peluang bagi Jordan untuk mengukuhkan kedudukannya dalam ekonomi halal global serta menyelaraskan piawaian halalnya dengan amalan terbaik antarabangsa.
Serunai Commerce berkata, misi itu turut menyaksikan bengkel dan sesi praktikal yang direka untuk memperkukuh kepakaran tempatan (Jordan) serta meneroka penyelesaian inovatif bagi meningkatkan proses pensijilan halal negara berkenaan.
Sementara itu, Pakar Teknikal Utama Kerjasama Pembangunan dan Kepakaran Islamic DB, Aminuddin Mat Ariffberkata inisiatif tersebutmerupakan langkah penting bagi Jordan dalam membangunkan ekosistem halal yang mampan dan menyeluruh.
"Inisiatif ini menggambarkan inti pati Kerjasama Selatan-Selatanyang menggalakkan pertukaran kepakaran dan penyelesaian inovatif untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan pengukuhan institusi," katanya.
Menurut Serunai Commerce, melangkahke hadapan, kerjasama ini akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan modul pensijilan halal digital, menyelaraskan piawaian tempatan dengan keperluan antarabangsa serta membuka peluang perdagangan dan pelaburan baharu untuk meletakkan Jordan sebagai pemain utama dalam ekonomi halal global.
— BERNAMA