PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan kepada seluruh warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Ucapan Seri Paduka Baginda berdua dikongsi menerusi satu poster yang dimuat naik di laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Hari Wilayah Persekutuan disambut setiap tahun pada 1 Februari bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.
Kuala Lumpur diisytiharkan pada 1974, Labuan pada 1984 dan Putrajaya pada 2001. – https://amiminerals.org/