KUALA LUMPUR, 31 Jan (Iteenews) –Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semulaberkuat kuasa hari ini.
Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari iniberkata dokumen dasar itu menetapkan keperluan bagi memastikan keselamatan dan kebolehpercayaan wang elektronik yang dikeluarkan oleh pengeluar wang elektronik (EMI) selainmengekalkan keyakinan pelanggan dan peniaga untuk menggunakan atau menerima wang elektronik bagi pembayaran barangan sertaperkhidmatan.
"Dokumen dasar ini disertakan dengan pernyataan balasuntuk menjawab maklum balas dan cadangan utama yang diterima semasa tempoh perundingan.
"Disertakan juga semakan FAQ bagi meningkatkan pemahaman orang ramai tentang keperluan yang ditetapkan BNM serta menjelaskan isu tafsiran dalam pelaksanaan keperluan dokumen dasar wang elektronik ini,” kataBNM dalam laman sesawang rasminya.
Bank pusat berkata, semakan dokumen dasar dan FAQini dibuat selaras dengan pewartaan Perintah Perkhidmatan Kewangan (Wang Elektronik Maksud Terhad) (Pengecualian) 2024 [P.U.A 463/2024] dan Perintah Perkhidmatan Kewangan Islam (Wang Elektronik Maksud Terhad) (Pengecualian) 2024 [P.U.A 461/2024] yang mengecualikan EMI maksud terhad (limited purpose EMI) daripada dokumen dasar ini.
Menurut BNM lagi, dokumen dasar tersebutmenetapkan keperluan dan panduan pengawalseliaan oleh BNMkepada EMI yang diluluskan menurut seksyen 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
— BERNAMA