KUALA LUMPUR, 31 Jan (Iteenews) — Pelbagai bank termasuk Public Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd dan OCBC Bank (M) Bhd menawarkan bantuan kepada pelanggan terjejas akibat banjir di Sabah dan Sarawak.
Public Bank, Public Islamic Bank, Hong Leong Bank (HLB) dan Hong Leong Islamic Bank masing-masing menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit kepadaindividu yang terjejas serta pinjaman dan pembiayaan olehperusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Public Bank dalam satu kenyataanberkatakerjasama segera telah dibuat dengan anak syarikat kumpulan itu Lonpac Insurance Bhd untuk pemprosesan pantas tuntutan oleh pelanggan terjejas terhadapkerugian yang dilindungi oleh polisi insurans ditaja jamin oleh Lonpac.
HLB dan Hong Leong Islamic Bank turutmenghulurkan bantuan,bagi pelanggan PKS dan perusahaan mikro sedia ada bank berkenaan, pembiayaan tambahan akan disediakan kepada mereka yang memerlukan modal kerja untuk memudahkan pemulihan perniagaan mereka akibat banjir.
Sementara itu, Standard Chartered Malaysia menawarkan penangguhan sementara atau penggantungan obligasi pembayaran pinjaman/pembiayaan (prinsipal dan faedah/keuntungan) selama tiga atau enam bulan, bagaimanapun faedah/keuntungan akan terus terakru pada pembayaran tertunda dan dipermodalkan ke dalam jumlah prinsipal selepas tempoh penangguhan tamat.
Bank itu berkata pelanggan yang terjejas juga mempunyai pilihan untuk membayar hanya faedah ansuran bulanan selama enam bulan.
Kesemua lima bank itujuga berkata mereka mengetepikan caj untuk penggantian dokumen dan kad berkaitan bank rosak atau hilang dalam banjir.
Dalam pada itu, OCBC Bank (M) Bhdbersama anak syarikat perbankan Islam,OCBC Al-Amin Bank Bhd berkata program bantuan banjir mereka menyediakan pilihan untuk pelanggan terjejas untuk menguruskan pembayaran balik mereka bagi mengurangkan kekangan kewangan mereka ketika waktu mencabar ini.
"Semua permintaan akan diutamakan dan diprosesmengikut kes,menentukan apa bentuk bantuanyang terbaik untuk pelanggan," kata mereka.