Makin ramai mangsa banjir di Sabah, Sarawak

WhatsApp Image 2025 01 31 at 10.12.05 AM

Gambar yang dimuat naik di Facebook Khidmat Malaysia.

PETALING JAYA – Seramai 7,252 mangsa banjir terdiri daripada 2,260 keluarga di Sarawak dan Sabah telah berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak setakat pukul 9.50 pagi ini.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Sarawak merekodkan seramai 2,657 mangsa daripada 739 keluarga.

Di Sabah pula, seramai 4,595 mangsa daripada 1,521 keluarga direkodkan setakat pagi ini.

Sebanyak 71 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa banjir tersebut. – https://amiminerals.org/