Petronas Pertimbang Tamat Aktiviti Aset Matang, Termasuk Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak

a76af5613a1dc21033a3fcf8d32d55ce64e48bdf0b9ec

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Iteenews) — Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mempertimbangkan untuk menamatkan aktiviti aset matang dalam operasi huluan negara, termasuk Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP).

Saluran paip gas asli sepanjang 500 kilometer (km), yang beroperasi sejak awal 2014, menghubungkan Kimanis (Sabah) dengan Bintulu (Sarawak).

Dalam laporan Prospek Aktiviti untuk 2025-2027, syarikat minyak nasional itu berkata proses tersebut juga melibatkan menilai aset yang tidak digunakan untuk potensi guna semula.

“Bagi tempoh tiga tahun akan datang, pelan penamatan operasi termasuk memasang dan menutup kira-kira 153 telaga serta 37 kemudahan luar pesisir dan satu kemudahan di darat, iaitu SSGP,” katanya.

Selain itu, Petronas berkata dalam tempoh dua tahun akan datang, kira-kira 15 telaga cari galidiunjurkan digerudi setiap tahun, memberi tumpuan kepada telaga air cetek dan telaga air dalam.

Katanya pihaknya menjangka lebih 400 telaga akan digerudidan39 projek huluan akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Ini termasuk pembinaan tiga Platform Pemprosesan Pusat(CPP) luar pesisir dan tiga kemudahan di daratserta fabrikasi dan pemasangankira-kira 900 km saluran paip.

Bagi memastikan pengeluaran optimum lapangan dan kemudahan pengeluaran,Petronas berkata sebanyak 367 pelan penambahbaikan kemudahan (FIP) dirancang untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Ini termasuk perolehan,pembinaan,pemasangan dan pengoperasian (EPCIC) serta Penggantian Penjana Turbin Gas (GTG) Projek Pemulihan F6.