Rampas, senarai hitam usahawan India salah guna bantuan

Papparaidu

Papparaidu menyerahkan sumbangan bantuan I-Seed kepada salah seorang penerima, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan menyenaraihitamkan atau merampas peralatan dan barangan terhadap usahawan kaum India yang didapati menyalahgunakan bantuan disalurkan kepada mereka.

Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan negeri, V. Papparaidu berkata, amaran itu susulan pihaknya ada menerima beberapa kes melibatkan usahawan kaum itu antaranya berkaitan penjualan semula barangan, mesin atau menyerahkannya kepada individu lain.

“Siasatan menyeluruh mengenai perkara itu yang dianggap kesalahan agak serius masih dijalankan. Semua barangan bantuan boleh dirampas dan sebarang permohonan lanjut tidak akan dilayan.

“Usahawan yang menerimanya perlu bersyukur dan tidak mengambil kesempatan demi kepentingan peribadi,”katanya selepas menyerahkan bantuan peralatan usahawan India Selangor (I-Seed) di Wisma Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) di sini, hari ini. – https://amiminerals.org/