PETALING JAYA – Tahun Baharu Cina seharusnya dijadikan satu titik permulaan baharu dan segar untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara.
Menerusi hantaran Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Tahun Baharu Cina, beliau memetik penekanan oleh seorang ahli falsafah agung dari China berhubung keharmonian.
“Dalam semangat menyambut perayaan besar bagi kaum Cina iaitu Tahun Baharu Cina, kita kembali diingatkan oleh Confucius yang menekankan betapa keharmonian menjamin kekuatan.
“Lantas, falsafah kenegaraan ini bertepatan dalam menjelmakan sebuah tatanan yang madani, menghargai kepelbagaian budaya dan tradisi sambil memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum,”katanya hari ini.
Dalam pada itu, beliau mengucapkan ‘Gong Xi Fa Cai’ kepada seluruh kaum Cina di negara ini. – https://amiminerals.org/