SSM Lancar Akses Kepada Maklumat Pemunya Benefisial, Perkukuh Ketelusan Korporat

6600ed9bcebc2dbceca98f0b678d17755fed58d1886a6

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Iteenews) –Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan kemudahan akses kepada maklumat mengenai pemunya benefisial syarikat bagimemperkukuhkan ketelusan dalam urusan korporat.

Langkah ini diambil melaluiinisiatif Pembekalan Maklumat Pemunyaan Benefisial selaras dengan Peraturan-Peraturan Syarikat (Akses Kepada Daftar dan Maklumat Yang Berhubungan Pemunyaan Benefisial) 2025 yang berkuat kuasa10 Januari, 2025.

Iabertujuan untuk menyediakan maklumat pemunyaan benefisial syarikat-syarikat di Malaysia yang tepat dan terkini, seterusnya menjadi langkah penting dalam memerangi aktiviti seperti pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, rasuah dan pengelakan cukai.

Dalamkenyataan hari ini, SSM berkata ia telah mewajibkan serah simpan maklumat pemunyaan benefisial bermula 1 April, 2024.

Katanyadi bawah Seksyen 56 Akta Syarikat 2016, syarikat-syarikat diwajibkan untuk mendapatkan, merekodkan dan melaporkan maklumat pemunya benefisial kepada pendaftar.

Sehingga 31 Disember, 2024, sebanyak 602,105 daripada 691,690 syarikat aktif dalam daftar SSM telah mematuhi keperluan untuk mengemukakan maklumat pemunyaan benefisial dengan kadar pematuhan sebanyak 87.05 peratus.

“Pengenalan Pembekalan Maklumat Pemunyaan Benefisial dapat memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan, termasuk agensi-agensi penguat kuasa yang disenaraikan di bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613], institusi-institusi pelapor yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dinyatakan di bawah Jadual Pertama Akta yang sama serta Kementerian Kewanganyang melaksanakan fungsi perolehan kerajaan.

“Antara maklumat yang boleh diperoleh melalui inisiatif ini merangkumi nama pemunya benefisial, tarikh pelantikan sebagai pemunya benefisial, kategori pemunya benefisial serta status syarikat,” jelasnya.

SSM berkata pembekalan maklumat pemunyaan benefisial kini ditawarkan pada peringkat awal melalui kaunterdi Menara SSM@Sentral dan akandiperluaskan secara dalam talian dan tarikh pelaksanaannya akan diumumkan kelak.