KUALA LUMPUR, 27 Jan(Iteenews) –Malaysia mahu menumpukan aspek penglibatan strategik dengan rakan perjanjiian perdaganganbebas (FTA) dan pasaran sedang pesat membangun pada 2025dalam usaha meningkatkan eksportnya.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata negara-negara pasaran sedang pesat membangun itu terbukti mencatat pertumbuhan ketara selama beberapa tahun lamanya, termasuk di kawasan seperti Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin.
Pada masa sama, katanya, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sedang giat merebut peluang dengan pasaran bukan tradisional yang juga rakan FTA Malaysia seperti Peru dan Mexico.
“Manfaat FTA ini termasuk tarif berkadar sifardan akses pasaran utamayang menjadikan produk dan perkhidmatan Malaysia lebih menarik sertaberdaya saing," katanya dalam rakaman awal ucaptama beliau padaacara Prestasi Perdagangan Malaysia 2024: Mengemudi Perdagangan 2025 di sini, hari ini.
Menjelaskan selanjutnya, Tengku Zafrul berkata pada tahun lepas, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan agensi-agensinya turut menjadi sebahagian daripada delegasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan kerja ke Mesir dan negara anggota BRICS seperti Brazil dan India bagi mengukuhkan hubungan perdagangan.
"Pada dua minggu lepas misalnya, saya bersama Perdana Menteri berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi usaha libat urus untuk pasaran Timur Tengah,” katanya yang turut berkongsi Malaysia meneruskan usaha untuk memeterai lebih banyak perjanjian perdagangan dua hala.
Pada 14 Januari lepas, Malaysia telah memeterai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA) dengan UAE.
“Ini merupakan FTA pertama Malaysia dengan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan menjadi rekod bagi negara sebagai FTA paling pantas dapat dimuktamadkan iaitu hanya 11 bulan,” katanya.
Tengku Zafrul berkata MITI juga dalam proses meningkatkan lagi jangkauannya ke bandar-bandar Tahap 2 di China dan Indonesia yang menjadi sebahagian daripada strategi kepelbagaian dengan tumpuanke atas bandar seperti Chongqing, Chengdu, Nanjing, Medan, Surabaya dan Pontianak.