BNM Lantik Madelena Mohamed Penolong Gabenor Sektor Strategi, Kelestarian

783d3d171b105a7e1857402ad8815c8867979b66550c7Madelena Mohamed

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Iteenews) — Bank Negara Malaysia (BNM) melantik Madelena Mohamed sebagai penolong gabenor yang akan bertanggungjawab ke atas sektor baharu iaitu strategi dan kelestarian berkuat kuasa pada 1 Feb2025.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat berkata sektor itu merangkumi pejabat gabenor, Jabatan Undang-Undang, Jabatan Komunikasi Strategik dan Unit Kelestarian.

“Madelena memulakan kerjaya beliau di BNM pada 1993 dengan berkhidmat di Jabatan Ekonomi.

“Sepanjang 32 tahun, beliau telah memegang peranan kepimpinan termasuk sebagai pengarah di beberapa jabatan iaitu Jabatan Kewangan Islam, Jabatan Pemantauan dan Pengawasan Kewangan, Jabatan Dasar Kewangan Pruden, dan yang terbaharu di Unit Kelestarian,” menurut kenyataan itu.

Madelena memiliki ijazah dalam bidang ekonomi,dengan pengkhususan dalam perakaunan dan kewangan dari London School of Economics and Political Science.

Beliau juga merupakan pemegang sijil Chartered Financial Analyst (CFA).

— BERNAMA