Pesara Rugi Lebih RM150,000 Diperdaya \”phone Scam\”

KUALA TERENGGANU, 27 Jan (Iteenews) — Seorang pesara kerajaan kerugianRM155,804 selepas menjadi mangsasindiket penipuan dalam talian atau “phone scam”yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 16 Jan lepas, wanita berusia 68 tahun itu dihubungi suspek yang mendakwa mangsa mempunyai waran tangkap kerana terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram dan penyalahgunaan meter air.

Beliau berkata mangsa kemudiannya diminta menyerahkan semua maklumat perbankan melibatkan tiga akaun bank kononnya untuk tujuan siasatan.

“Mangsa juga diarahkan supaya memasukkan kad debit ke dalam plastik dan meletakkannya di celah pokok di hadapan rumah. Dia kemudianmenerima notifikasi pengurangan wang dalam jumlah yangbesar daripada ketiga-tiga akaun bank tersebut.

“Wanita itu lantasmenghubungi pihak bank untuk menyekat akaun danmendapatkan penyata. Selepas diperiksaterdapat lebih 55 transaksi pindahan wang ke empat akaunyang dibuat melalui mesin juruwang automatik (ATM),”katanya ketika dihubungi hari ini.

Azli berkata susulan itu mangsa yang kehilangan wang simpanan pencennya membuat laporan polis pada 3.35 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA