Pasaran Analisis Data Besar Malaysia Bersedia Untuk Pertumbuhan, Kata Pakar

a669e084aedad3f93a3fd2822adc14316793a36482773 Kredit: Heriot-Watt University Malaysia dcf189cf0795eecee0dedf965bf0c0f86793a3d593215 Profesor Madya Sains Komputer dan Ketua Pusat Pengajian Matematik serta Sains Komputer di Universiti Heriot-Watt Malaysia , Dr Ian Tan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Iteenews) –Pasaran analisis data besar (BDA) sedang mengalami pertumbuhan yang teguh di peringkat global dan di Malaysia selepas didorong oleh peningkatan permintaan untuk penyelesaian yang dipacu data, kata Profesor Madya Sains Komputerdan Ketua Pusat Pengajian Matematik serta Sains Komputer di Universiti Heriot-Watt Malaysia , Dr Ian Tan.

Menurut Tan, kajian yang ditauliahkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah dijalankan oleh International Data Corporation (IDC), mengunjurkan bahawa pasaran BDA Malaysia akan berkembang daripada US$1.1 bilion (US$1 = RM4.38) pada 2021 kepada US$1.9 bilion menjelang 2025.

Pada skala global, platform risikan perniagaan dan data global, Statista meramalkan pasaran BDA akan mencecah US$103 bilion menjelang2027, menonjolkan kepentingan BDA yang semakin melonjak dalam memacu inovasi perniagaan dan membentuk strategi persaingan merentas industri.

Tan menekankan implikasi penting analisis data bagi pertumbuhan ekonomi termasuk penciptaan pekerjaan, menyifatkannya sebagai pemacu utama inovasi dalam sektor penjagaan kesihatan, kewangan dan teknologi.

“Analisis data bukan sahaja bertindak sebagai pemangkin pertumbuhan tetapi turut menjadi pemacu utama inovasi merentas sektor seperti penjagaan kesihatan, kewangan dan teknologi,” katanya.

“Ia telah menjadi asas dalam ekonomi moden, membantu perniagaan dan kerajaan telah memanfaatkan pelbagai data untuk memaklumkan keputusan strategik,” katanya.

Pemecutan Penggunaan Analisis Data dan Pendigitalan