Orang awam rakam lari daripada samseng ganas di Liverpool

Untitled

TANGKAP layar rakaman video menunjukkan orang awam lari untuk menyelamatkan diri mereka daripada tindakan ganas perusuh di Liverpool semalam. – AGENSI

LONDON –  Sekumpulan orang awam merakam diri mereka melarikan diri daripada protes ganas yang menggegarkan bandar raya Liverpool semalam.

Senario kekacauan turut dirakam di bandar Southport, Belfast, Hartlepool, Hull, Stoke-on-Trent, Nottingham dan  Sunderland kelmarin dan semalam.

Situasi cemas itu berlaku  apabila penunjuk perasaan berhaluan kanan membanjiri dan merusuh di jalan-jalan raya susulan pembunuhan tiga budak perempuan di bandar Southport dekat Liverpool, minggu lalu.

Pejabat Perdana Menteri di Downing Street dijadual mengadakan mesyuarat tergempar dikenali sebagai Cobra hari ini selepas kumpulan samseng  cuba menyerbu sebilangan hotel yang menempatkan pencari suaka semalam.

Perdana Menteri Britain, Sir Keir Starmer berjanji bahawa perusuh akan ‘menyesali’  perbuatan mereka terlibat dalam ‘aktiviti samseng berhaluan kanan’ selepas keganasan terus meningkat sejak beberapa hari lalu. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *