Pemuda bakar rumah lembam, mulut pernah disumbat getah sekerap

WhatsApp Image 2025 01 23 at 17.01.48

Adnan bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat Baling melihat motosikal yang rentung dalam kebakaran di Kupang, Baling pada 26 Disember lalu.

BALING – Ibu kepada pemuda yang ditahan selepas disyaki membakar sembilan buah rumah di Kupang, di sini mendakwa anaknya lembam dan kerap menjadi mangsa buli.

Wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu mendakwa, anak sulungnya tidak sukakan kekerasan dan selalu menjadi mangsa buli sejak sekolah rendah hingga ke tempat kerja di kilang getah.

“Suatu ketika, dia pulang dengan mulut berdarah memaklumkan rakan sekerjanya memasukkan getah sekerap ke dalam mulutnya sehingga mengalami luka.

“Akhirnya dia berhenti kerja dua tahun lalu, tetapi masih dibuli bekas rakan sekerjanya yang masih berhubung dengannya sehingga kemurungan,”katanya sambil mengalirkan air mata.-https://amiminerals.org/