Suami menderita dalam penjara, isteri di luar main kayu tiga

isteri curang suami penjara

Herman membuat laporan di balai polis. – Istimewa

JAKARTA – Seorang lelaki dari Palembang, wilayah Sumatera Selatan membuat laporan polis sejurus dibebaskan dari penjara selepas mendapati isterinya berlaku curang dengan lelaki lain, lapor laman berita iNews kelmarin.

Herman, 59, membuat laporan ke atas isterinya yang dikenali sebagai DL.

Wanita itu didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain semasa Herman menjalani hukuman penjara selama setahun empat bulan di wilayah Riau kerana mencuri.

Menurut Herman, dia berasa terkejut apabila mendapat tahu isterinya berlaku curang dengan lelaki lain sehingga melahirkan seorang anak.

“Bayangkan, saya hanya menjalani hukuman penjara setahun empat bulan. Namun, mereka (isteri dan kekasih gelap) sudah mempunyai seorang anak,” katanya ketika membuat laporan di balai polis Palembang.

Herman berkata, dia berasa amat kecewa dengan keadaan itu dan disebabkan hatinya hancur, dia membuat laporan tersebut.

“Saya melaporkan kedua-dua mereka. Isteri dan kekasihnya,” ujarnya. – AGENSI 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *